Thursday 31 October 2019

Pertandingan Video Pendek 3 Nilai Anjuran UTUSAN ONLINE #hormat



Video "Hormat-menghormati Antara Kaum" ini dihasilkan oleh Kumpulan Dinamik daripada SMK Taman Desa Skudai, Johor Bahru. Ahli Kumpulan Dinamik terdiri daripada Jaranya A/P Chandran (4UKM), Suwethini A/P Chandran (3RK) dan Nur Fateha Binti Yusri (4UIAM).

Video ini memaparkan tentang kepentingan sikap hormat-menghormati antara kaum. Malaysia mempunyai masyarakat berbilang agama dan budaya yang hidup harmoni. Keamanan negara yang kita kecapi hari ini adalah disebabkan sikap hormat-menghormati  antara satu kaum dengan kaum yang lain. Simbolik kepada perpaduan kaum boleh dizahirkan menerusi sikap hormat yang menjadi teras perpaduan. Sikap hormat sesama kaum lain perlu diperkasakan dan diterap agar menjadi contoh kepada generasi akan datang demi mengekalkan keharmonian hubungan antara kaum. Nilai hormat-menghormati tidak boleh dipandang remeh kerana nilai ini merupakan satu keunikan yang menjadi kebanggaan masyarakat majmuk Malaysia.

#hormat #utusanonline #pertandinganvideopendeknilai

Saturday 31 August 2019

Pertandingan Video Pendek 3 Nilai Anjuran UTUSAN ONLINE #sayang


Video "Kasih Sayang Seorang Sahabat Sejati" ini dihasilkan oleh Kumpulan Dinamik daripada SMK Taman Desa Skudai, Johor Bahru. Ahli Kumpulan Dinamik terdiri daripada Jaranya A/P Chandran (4UKM), Suwethini A/P Chandran (3RK) dan Toh Jia Yan (4UPM).

Video ini memaparkan tentang erti sebenar kasih sayang seorang sahabat sejati. Sahabat sejati merupakan anugerah terindah dalam hidup kita. Sahabat sejati akan menjadi teman di saat kita susah mahupun senang. Seorang sahabat sejati akan membantu meringankan permasalahan kita. Secara kesimpulannya, kasih sayang seorang sahabat sejati yang tulus dan ikhlas dapat membantu kita mencari penyelesaian dalam kehidupan.



Thursday 2 March 2017

Menghias Papan Kenyataan Kelab Media 2017 (22 Februari 2017)

Pada perjumpaan kedua Kelab Media pada 22 Februari 2017, kesemua ahli Kelab Media yang hadir bergotong-royong menyiapkan bahan-bahan untuk dipaparkan di papan kenyataan Kelab Media.

Berikut adalah gambar-gambar di mana semua ahli kelab begitu tekun membantu guru-guru penasihat menyiapkan bahan untuk dipaparkan pada papan kenyataan kelab.
























Alhamdulillah... Hasil kerjasama semua ahli Kelab Media yang hadir, papan kenyataan Kelab Media telah berjaya dihias dan dipenuhkan dengan info berguna buat warga SMKTDS.



Mesyuarat Agung Kelab Media SMKTDS (18 Januari 2017)




Papan Kenyataan Kelab Media 2017









Selamat Datang